13,000 Kotak Kek Licin Dalam Masa 3 Hari! Ben Ali & Nadiyah Shahab Terkejut!!

Pasangan pelakon Ben Ali dan Nadiyah Shahab terkejut dengan sambutan orang ramai apabila 13,000 kotak kek coklat mereka habis terjual.

Ben dan Nadiyah berkongsi rasa teruja tersebut ketika ditemui di Mood Republik yang berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Jalan Duta baru-baru ini.

“Habis licin… 13,000 kotak dalam masa tiga hari memang sesuatu yang cukup mengejutkan dan pada masa sama menjadi pencapaian serta kebanggaan peribadi kami.

“Ikutkan mahu buat lebih lagi kek ketika itu tapi pihak operasi tidak mampu memenuhi permintaan.

“Untuk acara tiga hari itu juga kita berjaya memecah rekod peribadi jenama ini dengan mencatat keuntungan jualan kasar mencecah enam angka,” kata Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn. Bhd., Ben Ali.

Ben dan Nadiyah mula memperkenalkan kek jenama Absolut Chocolat di bawah Absolut Brands Sdn. Bhd. sejak Februari tahun lalu.

Bermula dengan kek coklat, pilihan kini juga dikembangkan untuk jenis Boba Milk Tea dan Milk Lava.

“Kita mahu jadi lebih eksklusif dalam memberikan pilihan kek kepada penggemarnya. Kek coklat mula dikeluarkan Februari tahun lalu.

“Kira-kira bulan September lalu, kita keluar pula kek Milk Lava. Kami percaya orang cepat bosan dengan jenis kek yang dijual. Jangka hayat satu kek itu boleh bertahan dalam tempoh enam bulan.

“Kita percaya variasi ini perlu dalam memberi pilihan kepada peminat kek. Orang cepat bosan dengan kek dan kehangatannya akan mula turun. Sebab itu juga kita keluarkan produk minuman pula.

“Alhamdulillah permintaan kek ini sejak dari dulu hingga ke musim raya ini terus meningkat. Tapi itu bukan jaminan untuk kita terus selesa dengan apa yang ada.

“Selama setahun lebih kek ini berada di pasaran, perkembangannya cukup meluas hingga pada satu tahap tidak mampu menampung permintaan masyarakat,” kata Ben.

Bermula dengan operasi kecil-kecilan di gerai jualan hinggalah ke tahap menyewa premis kedai dua tingkat di Cheras, Ben dan rakan kongsi yang juga isterinya, Nadiyah Shahab boleh tersenyum bangga kerana usaha mereka membuahkan hasil hingga menjadi terkenal.

Ketika ini Absolut Chocolat terus rancak dipasarkan dengan pelbagai medium termasuk menggunakan agen.

“Kami merancang untuk membuka francais selepas ini. Pada masa sama tidak hanya tertumpu di dalam negara, kami juga akan menyertai ekspo antarabangsa seperti di Dubai dan United Kingdom.

“Kami tidak mahu perjuangan ini terbatas di dalam negara saja… tetapi di pentas dunia,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*