5 Tahun Beroperasi, Tomok Terpaksa Tutup Perniagaan Tudung

Umum mengetahui penyanyi Tomok mempunyai peniagaan tudung diberi nama Arriandra. Bagaimanapun, selepas lima tahun beroperasi, Tomok mengumumkan terpaksa menutup perniagaan tudungnya itu.

Akui berat hati dan sedih untuk menutup perniagaan itu, Tomok berkata keputusan itu diambil selepas usaha untuk bertahan tidak berjaya. Tomok turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang memberikan sokongan.

“Berat untuk saya tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih korang yang pernah sokong Arriandra.

“Yang pernah bekerja dengan kami, pernah beli tudung dari kami, pernah datang booth dan juga beli secara online. Sudah berapa tahun kami cuba untuk bertahan tapi itulah dia, bisnes ada naik turun,” ujarnya.

Difahamkan perniagaan tudung yang diusahakn oleh Tomok bersama rakan kongsikan dijual menerusi atas talian dan laman e-dagang.

Dalam pada itu, Tomok berkata dia akan membuat jualan murah dalam masa terkedat bagi menghabiskan stok yang tinggal serendah RM5 sahaja.

“Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini. Nanti saya cari tempat untuk habiskan lebihan tudung. InsyaAllah ada yang lebih baik di masa yang akan datang. Insyaallah, Aamiin. Hari ni kami terpaksa pindah keluar dari tempat ini.

“Siapa berminat, InsyaAllah kami akan adakan clearance sale. InsyaAllah kami akan jual murah-murah saja. RM5 pun ada. Korang ambil la, nak tutup kedai dah ni,” katanya.

Selain bisnes tudung, Tomok turut mempunyai francais minuman Chatime serta Street Churros yang terletak di Aeon Mall, Shah Alam dan Seremban2.

Sumber: Mstar Online

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*