Aliff Syukri Dikecam Tiru Cover Album Justin Bieber

Baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Biar Apa Orang Kata, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri sekali lagi dikecam netizen apabila beliau didakwa meniru cover album penyanyi antarabangsa Justin Bieber.

Gambar cover album tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dan rata-rata netizen bersetuju keduanya menggunakan konsep yang hampir sama. Netizen mendakwa, cover album Justin Bieber itu dilancarkan pada tahun 2012 dan secara terang-terangan pihak produksi Aliff Syukri meniru cover album tersebut.

Namun, menerusi Instagram, Aliff Syukri menyangkal dakwaan poster lagunya berjudul Biar Apa Orang Kata meniru konsep album penyanyi antarabangsa, Justin Bieber. Menurut Aliff lagi, idea poster tersebut bukan datang darinya tetapi daripada syarikat label.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya berpendapat mungkin benar ianya adalah salah syarikat label dan isu ini diperbesarkan oleh segelintir netizen yang tidak habis-habis mahu mencari kesalahan usahawan kosmetik itu.

Kata netizen lagi, inilah dunia sebenar industri hiburan, apabila syarikat label yang buat silap, penyanyi yang akan menjadi mangsa.

Sumber: BeautifulNara

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*