Anak Sulung Perempuan Biasanya Seorang Yang Jujur

Anak Sulung Perempuan Biasanya Seorang Yang Jujur. Menjadi anak perempuan pertama dari sebuah keluarga sangat berat, di samping sebagai tulang belakang keluarga, anak pertama juga biasanya sangat kuat dan tegar motivasi dirinya. Walau bermacam cabaran sebagai anak sulung dengan masalah jantinanya sebagai perempuan, namun kamu tetap mempunyai banyak kelebihan.

proses perjuangan

Tiada yang tahu bagaimana proses perjuangannya dan walaupun kadang-kadang menangis sendirian, dia tertatih berusaha, bekerja keras demi nasib untung dirinya dan keluarga. Tiada tempat meminta tolong bagi anak pertama, kecuali dirinya sendiri dan Tuhan. Tiada tempat meminta yang akan menjadikannya payah, tiada tempat merengek yang akan membuatnya nampak lemah. Ketika terpaksa meminjam pada kawannya, hati kecilnya selalu berteriak, “Saya harus cepat berjaya agar kelak mampu untuk bantu orang lain juga.”

Berdikari

Ya, dibentuk berdikari atau terbentuk berdikari! Menurut kajian, anak pertama perempuan berpotensi lebih hebat dari anak pertama lelaki. Ini mungkin kerana ketika anak pertama perempuan merasakan pahit kehidupannya sewaktu masih kecil, naluri keibuan memanggilnya untuk tidak membiarkan anak-anaknya kelak menderita sepertinya.

Anak pertama

biasanya lebih dewasa, bijaksana dan memiliki banyak pengetahuan yang jarang diutarakan. Dalam hal ini anak pertama memiliki pola pemikiran yang kritikal sehingga daya analisanya sangat kuat. Anak pertama biasanya selalu melanjutkan pendidikan sehingga institusi tinggi dan berharap dapat membahagiakan kedua orang tuanya dan saudaranya kelak.

Sebab Anak Sulung Perempuan Menjadi Isteri Idaman

Jangan peduli apa-apa orang nak kata kepada dirimu kerana kamu adalah seorang kakak yang baik untuk adik-adikmu. Sebagai bukti, kamu mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh anak bongsu, kerana anak sulung perempuan itu selalunya menjadi isteri idaman setiap lelaki.

1. Seorang yang jujur

Kamu selalu berlaku jujur terhadap kedua ibubapa kamu, jadi jujur adalah sifat semulajadi yang kamu miliki. Inilah sebabnya kamu sesuai menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana. Siapakah yang tak mahu seorang isteri yang jujur, ya?

2. Optimis dan berdikari

Dilahirkan sebagai anak perempuan sulung, kamu seorang yang berdikari. Bukan sahaja dapat membela nasib kamu sendiri malah dapat membela nasib adik-adik kamu serta keluarga kamu sendiri. Sebab itulah kamu menjadi idaman lelaki.

3. Seorang yang selalu melindungi adik-adik

Perempuan itu diperlukan bukan sahaja untuk kecantikkan secara fizikal sahaja. Oleh kerana kamu anak sulung, kamu memiliki tanggungjawab untuk menjaga adik-beradik selain mampu menjaga diri sendiri sekaligus dalam mengurus hal ehwal adik-beradik.

4. Biasanya Pandai Memasak

Sifat keibuan untuk menjaga keluarga biasanya ada pada diri kamu. Bukan sahaja kelebihan memasak, selari dengan sifat lembutnya juga membuatkannya menjadi isteri idaman lelaki.

5. Pendengar Yang Baik

Oleh sebab kamu sudah terbiasa mendengar celoteh-celoteh dari adik-adikmu, jelas sekali bahawa kamu seorang pendengar yang baik. Mendengar keluh-kesah adikmu malah kamu juga dianggap isteri idaman kerana kemampuan kamu untuk mengendalikan segala situasi masalah.

6. Calon Ibu Terbaik

Sebagai anak sulung perempuan, yang sudah terbiasa menjaga adik. Apabila terbiasa dengan menjaga adik-beradik, jelas kamu mempunyai sikap bertanggungjawab.

7. Terkenal Atas Kerajinannya

Selalu membantu ibubapa membersihkan rumah dikala ibu bapa kamu keluar atau pergi berkebun di belakang rumah. Kamu melakukannya dengan ikhlas dan bersemangat kerana anak sulung perempuan juga adalah tumpuan keluarga. Ini membuktikan kamu seorang anak yang rajin yang tidak harus diperselekehkan.

Artikel Lain

7 Sebab Mengapa Lelaki Anak Bongsu Boleh Menjadi Pasangan Yang Hebat

Biasa kita dengar bila orang sebut saja tentang anak bongsu pasti perkataan pertama yang terpacul dari mulut ialah ‘manja’. Tapi sejauh manakah benarnya bahawa anak bongsu itu manja? Bagaimana pula dengan anak bongsu lelaki. Yang ini lagilah orang cakap manja dan anak emak. Tapi girls, tahukah korang bahawa lelaki anak bongsu ini memiliki beberapa karakteristik istimewa?

1. Seorang yang bersifat optimis

Lelaki anak bongsu biasanya mempunyai sifat optimis yang sangat tinggi. Oleh sebab itulah juga sesiapa yang bersama dengannya pasti akan sentiasa rasa bersemangat. Kelebihannya untuk membangkitkan rasa semangat di saat orang kesayangan berasa sedih juga cukup hebat.

2. Berani mencuba sesuatu yang baru

Ada lokasi trekking terbaru yang sedang tular di laman sosial? Dia pasti akan laju sahaja merancang untuk ke sana. Berani mencuba sesuatu yang baru dan menjelajahi territory baru merupakan perkara yang sudah sebati dalam dirinya. Sifat inilah yang akan membuatkan hidup korang lebih ‘berwarna-warni’ dan tidak bosan.

3. Dia seorang yang cepat matang

Sepanjang tempoh membesar dia di kelilingi oleh abang atau kakak. Dan sepanjang itulah dia telah melihat dan belajar pelbagai ragam serta masalah yang dihadapi oleh mereka. Perkara itu membuatkan si dia menjadi lebih matang dan cepat belajar. Sejak kecil juga dia telah didedahkan dengan pelbagai perkara seperti muzik, filem dan pergaulan.

4. Mempunyai perancangan yang jelas untuk masa depan

Anak bongsu biasanya cukup teliti merancang. Dia tahu apa yang dia mahu dan ingin lakukan dalam hidupnya. Walaupun kadangkala terpaksa berdepan pelbagai halangan namun cita-citanya tidak mudah terpadam. Sifat tidak mudah menyerah kalah yang sangat menebal.

Kongsikan artikel ini.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*