“Berani datang depan lah wei!” – Liana Rosli sound Dr Amalina

Dr Amalina Che Bakri merupakan antara individu yang lantang mengkritik produk yang berasaskan herba serta produk yang kini dijual di Malaysia. Bekas pelajar cemerlang SPM ini sering memberi pendapatnya berdasarkan pengalamannya sebagai seorang doktor perubatan melalui laman media sosial.

Dalam perkembangan terbaru, Liana Rosli yang juga lebih mesra disapa Kak KM telah tampil menerusi satu video, menghentam Dr Amalina secara terbuka di Instagram. Ianya berkaitan isu kelantangan Dr Amalina memberi pendapatnya berkenaan produk di Malaysia.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Liana Rosli nampaknya telah kec4m Dr Amalina dengan penuh pedas dan menuduh doktor tersebut sengaja nak tumpang populariti dan sempat mempersoalkan gaya hidup Dr Amalina.

Ini antara pesanan dari Liana Rosli kepada Dr Amalina:

“Kawan-kawan Kak KM semua dari golongan profesional, tapi tak ada seorang pun main Instagram.

“Korang rasa mereka ada masa ke nak jadi instafemes, nak OOTD bagai?

“Tapi yang teruknya, yang nak tumpang glamor orang lain”

“Kau pun tak tahu kesahihan barang aku ada apa kat dalam… hei berani datang depan lah wei!”

“Haa engkau aku rasa lebih bagus pergi selamatkan nyawa-nyawa orang yang hospital tu. Sibuk hal orang! Nak assume barang orang.

“Kau pun tak tahu kesahihan barang aku ada apa kat dalam. Hei berani datang depan la wei!

“Eh jap lagi satu lagi pesanan, kau buat je kerja kau. Aku buat kerja aku”

Ini videonya:

 

View this post on Instagram

 

Ntah ye tidak ko ni doctor🤣🤣 #kauhalkauakuhalaku #kakkmtaktumpangpopularitioranglain #kakkmbukanbiasa2 #iphonexsmax

A post shared by ☎️ KM 0196177597 (@km_lianarosli) on

Dalam pada itu, Dr Amalina telah memminta pihak media untuk turut fokus kepada doktor lain yang turut ada memberi pandangan tentang isu ini terutama melibatkan produk di Malaysia.

Kongsikan artikel ini.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*