“Bukan Soal Diterima Di Malaysia Atau Tidak” – Adibah Noor Tuju Pada Siapa Tu?

Penyanyi Adibah Noor tampil memberikan pandangan terhadap ucapan seorang artis ketika Anugerah Planet Muzik (APM2018) di Singapura baru-baru ini.

Jelas Adibah, setiap majlis anugerah (muzik) mempunyai mekanisma tersendiri untuk setiap karya diiktiraf sebagai pemenang.

“Sorry to burst your bubble. Selalunya program anugerah muzik, calon-calon adalah final list yang telah dijurikan daripada penyertaan-penyertaan lain.

“Yes. Penyertaan. You kena hantar lagu untuk sertai.

“So… Bukan soal diterima di Malaysia atau tidak.

“Apa-apapun, tahniah sebab menang,” tulis Adibah menerusi ruangan Twitter peribadinya pada malam berlangsungnya APM2018 baru-baru ini.

Dalam pada melontarkan pendapat, Adibah mengakui penyanyi tersebut lebih cemerlang daripadanya dalam industri hiburan dan punyai bakat tersendiri.

“She’s doing just fine. Even better than me. In fact… I tak boleh buat apa yang dia buat. Menanyi sambil menari. Good job,” tambahnya.

Bagaimanapun, Adibah tidak menyebut nama mana-mana artis daripada mana-mana negara yang hadir dan menang pada APM2018.

APM2018 menjulang beberapa penyanyi tempatan dalam anugerah yang dipertandingkan antaranya Khai Bahar, Ayda Jebat, Haqiem Rusli dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Astro Gempak

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*