Cara Mudah Dan Senang Untuk Hilangkan Cicak Dalam Rumah Dengan Berkesan! Korang Boleh Pilih Yang Mana Satu..

Cara Mudah Dan Senang Untuk Hilangkan Cicak Dalam Rumah Dengan Berkesan! Korang Boleh Pilih Yang Mana Satu. Masalah pembiakan cicak di dalam rumah boleh membuatkan sesiapa sahaja runsing. Mana tidaknya, setiap sudut di dalam rumah dipenuhi dengan najis cicak dan berbau busuk. Bagi anda yang mempunyai anak kecil di rumah, risau pula kalau anak-anak sentuh najis atau telur cicak dan masukkan ke dalam mulut kan? Jadi, ini adalah 10 cara untuk hilangkan cicak di dalam rumah dengan berkesan!

8 CARA HILANGKAN CICAK DEKAT RUMAH

Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti kat cicak ni bukan lah sebab semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najis nya yg merata-rata tu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila dah kering. Punyalah hani anti (dan geli) dengan cicak, ha hambik satu post hani buat khas untuk dia. Sebelum hani kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapus”kan dia. 250ml air biasa (air paip). 50ml cuka (cuka murah2 je cuka sintetik pn ok). 3 sudu plastik dish soap (hn guna Joy. 1 sudu plastik dettol

1. Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah

Kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak.

2. Cicak takut kat burung

Bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai cmtu sekali memadai sediakan jejak burung seolah2 ada burung kat rumah kita dgn cara. letak beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Dia nampak je telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah. lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan. Jangan dihancurkan kulit telur burung puyuh ni. Memadai letak seketul dua kat tempat masuk cicak.

3. Cicak suka lepak belakang almari

Semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut2 mcm bingkai cermin dan gambar.

4. Jaga kebersihan rumah

Pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai-ramai panggil geng dia sebab banyak makanan dia kat rumah tu haha.

5. Elakkan suka melonggok barang

Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas utk setiap barang-barang. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.

6. Lap permukaan meja makan

Kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleaner, resepi kat caption gambar) utk elakkan cicak melintas atas meja makan kita.

7. Guna pelekat perangkap lalat

Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan untuk orang penggeli cicak macam hani hahaha hani tak berani buat ni.

8. Bela kucing

Sebab kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang-kadang sumpah pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia. So pilihlah cara yang mana satu yang nak diguna untuk singkirkan cicak dekat rumah. Semoga bermanfaat.

Sumber : Hani Mynis Via Sirap Limau

Kongsikan artikel ini.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*