Catat Sejarah Lamaran Pertama Dalam Stadium, FAM Beri Pasangan Kekasih Hadiah Istimewa

Dalam keriuhan penyokong Harimau Malaya meraikan kemenangan pasukan negara 3-0 ke atas Myanmar minggu lalu, satu skrin stadium menunjukkan ayat lamaran membuatkan penonton bersorak. Perlawanan aksi kumpulan A Piala AFF Suzuki itu berlangsung di Stadium Bukit Jalil disaksikan lebih 80 ribu penyokong.

Viral di laman sosial video pasangan kekasih itu berpelukan setelah wanita berkenaan dikenali sebagai ‘Shinna’ bersetuju menerima lamaran tersebut. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) rupanya ada hadiah istimewa untuk pasangan ini.

Sejarah dalam stadium

Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam, menghadiahkan bola yang digunakan pada malam bersejarah itu tersebut (match ball) sebagai tanda kenangan untuk pasangan Dr G. Roshan dan Shinna Teh.

Kebiasaannya, match ball diberikan kepada pemain yang menjaring gol hatrik namun lain pula ceritanya untuk kali ini.

Stuart dalam Facebook FAM menyatakan kejutan dibuat Roshan itu sebagai yang pertama dalam stadium dan badan itu mengambil keputusan untuk meraikannya.

Kami di FAM berasakan kejutan ini mungkin yang pertama diadakan di stadium bola sepak negara kita. Ia satu kelainan tetapi kami di FAM ingin turut sama meraikan kejutan ini.

Rancang 3 minggu awal

Mengulas tindakannya melamar kekasih hati sambil bersaksikan puluhan ribu peminat bola sepak tanah air, Roshan mengatakan rancangannya itu telah dibuat 3 minggu lebih awal. Dia juga telah meminta restu dari kedua-dua belah keluarga sebelum meneruskan rancangan lamaran berkenaan.

Ujarnya lagi, dia berbuat demikian kerana mereka minat menyaksikan bola di stadium bersama.

Kami gemar menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium, jadi saya mahu menjadikan malam itu sebagai satu detik istimewa buat kami berdua.

Sumber: Astro AwaniPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*