“Cuba Bimbing Dia Dekati Agama Islam” – Bercinta Dengan Jejaka Iban, Chacha Maembong Serius!

Pelakon Chacha Maembong akui serius tentang hubungannya dengan jejaka bukan beragama Islam bernama Leslie.

Chacha dan Leslie telah menjalinkan hubungan sejak tiga tahun lalu dan mendedahkan jejaka itu kini sedang mempelajari agama Islam.

“Dia bukan bangsa Cina tetapi Iban dan berasal dari Sarawak. Ramai yang tersalah faham sebenarnya.

“Sekarang dia sedang belajar tentang agama Islam dan kalau ada rezeki untuk perhubungan lebih matang, saya terima sebab nampak dia pun serius.

“Kami juga sudah mengenali keluarga masing-masing dan menyokong hubungan kami dan apa yang terbaik,” katanya kepada Gempak.

Chacha yang ditemui pada majlis pelancara drama bersiri Selafaz Cinta di One Utama, Damansara semalam mengakui sering menerima kritikan negatif netizen terhadap perhubungannya.

“Apabila bercinta dengan lelaki bukan Islam, ramai yang kritik cakap saya tak ingat agama.

“Tetapi kalau saya sendiri boleh bimbing dia apa salahnya. Masa akan datang kita tak tahu.

“Yang penting, saya sentiasa ingat pesanan keluarga saya, jangan lupa asal-usul dan agama,” tambahnya.

Adik kepada pelakon Emma Maembong itu juga mengakui Leslie individu yang memahaminya.

“Dia seorang lelaki yang baik, menerima saya seadanya dan sentiasa menyokong kerjaya saya. Kadang-kala ada juga romantiknya,” kata Chacha lagi.

Dalam perkembangan lain, Chacha bakal muncul menerusi drama bersiri 60 episod terbaharu, Selafaz Cinta melakonkan watak Inaz.

Selain Chacha, Selafaz Cinta dibintangi Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Aqasha dan ramai lagi.

Sumber: Astro Gempak

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*