“Dalang Rusuhan Kuil Tidak Akan Terlepas Hukuman” – Tun Mahathir

Rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, tambah meruncing apabila seorang anggota bomba cedera parah dipukul kumpulan perusuh, awal pagi semalam.

Perdana Menteri, Tun Mahathir memberi kenyataan berhubung berkara itu dalam satu kenyataan akhbar.

Tiada kaitan agama

Tun Mahathir berkata dalang di sebalik kekacauan yang berlaku tidak akan terlepas dari menerima hukuman sewajarnya.

Dalam satu kenyataan akhbar, Perdana Menteri menegaskan insiden itu tidak membabitkan isu kaum ataupun agama.

Kerajaan juga kesal dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab penjenayah yang menimbulkan kekacauan di kawasan kuil dan yang telah mencederakan anggota pasukan keselamatan serta anggota penyelamat di dalam rusuhan ini.

Penjenayah-penjenayan yang terlibat cuba melakukan rusuhan serta mencederakan anggota keselamatan dan penyelamat termasuk kerosakan harta benda awam akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang yang sedia ada.

Kesal tindakan pihak tidak bertanggungjawab

Tun juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan berita tidak benar dan menyebarkannya menerusi mana-mana media.

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*