Dapat RM53k Daripada Google Hasil Kecaman Netizen

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri ada berkongsikan video beliau yang melonjak gembira apabila menerima wang daripada Google Malaysia sebanyak RM53,000.

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa Google memberikan sejumlah wang yang besar kepada Aliff Syukri sedangkan selama ini beliau hanya menjadi bahan kecaman dan apa saja yang dilakukan sering menimbulkan rasa kurang dikalangan netizen.

Bagaimanapun, jika anda mengikuti saluran YouTube miliknya iaitu TV Terlajak Laris, setakat ini sudah mempunyai lebih 340,000 pelanggan. Boleh dikatakan semua video yang dimuat naik di saluran tersebut menerima jumlah tontonan yang tinggi dan menerima ribuan komen daripada netizen.

Menerusi video tersebut, Aliff dan isteri, Datin Nur Shahida turut mengucapkan terima kasih kepada Google Malaysia di atas ganjaran tersebut serta kepada netizen yang tidak berhenti mengecamnya kerana disebalik kecaman itu mereka diberikan rezeki.

“Terima kasih kepada Google Malaysia. Terima kasih kepada yang selalu bercerita pasal kita, yang mengutuk pasal kita, disebalik kecaman dan musibah orang bagi kita rezeki.”

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsikan wang ganjaran tersebut bersama pekerja-pekerjanya yang selama ini menjadi tulang belakang syarikat.

Siapa sangka disebalik kecaman netizen boleh bertukar menjadi rezeki. Apa yang pasti, Aliff sangat berterima kasih kepada pakcik dan makcik bawang yang selama ini tak berhenti mengutuknya. Buat netizen pula,  lagi banyak anda mengecam, mungkin lagi banyak wang ganjaran beliau akan terima.

Sumber: RotiKaya

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*