Diangkat Sebagai Atlet Yang Patut Dicontohi, Hafizul Hakim Wira Perak

Perak berjaya menamatkan kemarau selama 18 tahun apabila menjuarai Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam pada Sabtu lalu. Penjaga gol, Hafizul Hakim muncul sebagai wira Perak apabila menyelamatkan dua sepakan penalti sekali gus membolehkan pasukan itu mengungguli penentuan penalti 4-1.

Terbaru, menerusi Facebook, seorang penyokong Perak, Zulfadzly Zulkifly telah mengangkat Hafizul Hakim sebagai atlet yang patut dicontohi oleh anak muda. Beliau diangkat sebegitu kerana memiliki fizikal dan mental yang kuat sama ada di luar mahu pun di dalam padang.

Patuh pada nilai agama

KEEPER PERAK YANG HEBAT FIZIKAL DI PADANG DAN HEBAT MENTAL DI LUAR PADANG : CONTOH ATLET YANG PERLU DICONTOHI OLEH ANAK MUDA.

[[ Kepatuhan kepada nilai nilai agama membentuk peribadi anak muda yang lebih baik ]]

Banyak berdoa setiap kali sebelum perlawanan bermula kerana tahu ada “Kuasa” yang lebih besar daripada kehebatan kita di padang yang menentukan rezeki kita. Walaupun hebat atau pandai macam mana pun kita, kita kena berdoa.Baru kita faham inilah yang dimaksudkan kena USAHA main habis mungkin , kena DOA sebelum perlawanan dan kena TAWAKAL berserah selagi game belum habis jangan berputus asa begitulah juga dalam hidup kita.
Pakaian yang menutup aurat tidak mendedahkan lutut dengan memakai seluar tight.
Ketaatan kepada Agama bukan halangan kehebatan seseorang diatas padang.

Motivasi yang tinggi

[[ Motivasi diri yang sangat tinggi menghasilkan manusia yang luar biasa hebat ]]

Kecewa dengan kesilapan yang telah di lakukan bermaksud sedar diri akan kesilapan yang telah dilakukan tidak sombong walaupun title sebagai penjaga gol kebangsaan. 
Mental yang sangat kuat masih boleh memberikan persembahan yang terbaik sewaktu masuk ke masa separuh kedua walaupun sedar ketinggalan dengan pasukan pihak lawan.
Tidak mudah menyalahkan orang lain adalah mentaliti pemain bola sepak antarabangsa kerana bekerja di dalam satu pasukan.
Setiap manusia akan melakukan kesilapan dan kesilapan tersebut ditebus dengan bukan sekadar permohonan maaf malah dibuktikan dengan tindakan dan hasilnya berjaya.

Penyelamat gawang gol

[[ Sepakan penalti? Inilah peluang yang terbaik gunakan kelebihan yang kita ada atas peluang yang ada ! ]]

Rasa memang kepakaran dia sebab sebelum ini waktu dia mewakili Malaysia lawan pasukan hong kong ketika game kelayakan piala asia telah menjadi hero dengan menyelamatkan penalti tiang gol Malaysia di saat saat akhir permainan. Namun keyakinan ketika itu membuatkan dia betul betul bersungguh dengan mengambil peluang kali kedua dan menggunakan kelebihannya untuk memastikan pihak lawan tidak memenangi sepakan penalti tersebut dan membantu kejuaraan pasukannya.

Ucapan selamat maju jaya kepada hafizul hakim untuk next game Piala AFF SUZUKI yang bakal lebih mencabar membawa nama negara Malaysia!

Apa apa pun ucapan tahniah kepada kedua dua pasukan dan tahniah kepada keseluruhan pasukan perak banyak perkara rakyat Malaysia dah belajar daripada game semalam. The best final game piala malaysia forever !

Penyokong Perak TBG
Zulfadzly Zulkifly
Penceramah Motivasi
Inspire Caliph Training And Consultancy

Sumber: Zulfadzly Zulkifly

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*