Gaji Pengarah Akademi Mokhtar Dahari RM175,000 Sebulan

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan gaji yang diberikan kepada Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim berjumlah RM175,000 sebulan dengan pengecualian cukai, perlu dinilai semula.

Justeru, katanya, Teong Kim, selaku ketua jurulatih skuad bola sepak negara bawah 16 tahun (B-16), perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan skuad kendaliannya mara ke Piala Dunia B-17 di Peru, tahun depan.

Skuad B-16 yang dibentuk menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan A apabila tewas 2-0 kepada Jepun pada Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-16 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

“Saya dimaklumkan bahawa pakej gaji beliau setiap bulan mencecah RM175,000 yang dibiayai sepenuhnya oleh MSN (Majlis Sukan Negara)…kontrak beliau dan pengurusan tertinggi NFDP juga perlu dilihat semula,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Menurutnya, Teong Kim seharusnya bertanggungjawab dengan kekalahan itu kerana beliau sendiri yang menetapkan sasaran layak ke Piala Dunia B-17 pada 2019.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Oh! Media

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*