Gaji Suami Cuma RM2500 Sebulan, Tapi Boleh Sara Kami 8 Orang Anak-Beranak

Gaji suami cuma RM2500 sebulan,tapi boleh sara kami 8 orang anak-beranak. Suami Tak Pernah Kedekut Dengan Isteri Dan Anak-anak.Biasanya bila dapat gaji, suami saya akan settlekan semua bil-bil elektrik, air, telefon, insurans, loan bank, duit van anak dan sewa rumah dalam RM300.

Tip Murah Rezeki : Walau Gaji Kecil, Cukup Sara Anak Ramai

Kemudian, dia akan bagi bajet belanja rumah RM500 dan duit belanja untuk saya RM100. Selebihnya dia guna untuk minyak kereta dia dan kegunaan diri dia.

Kalau kami terover bajet baru suami tambah guna duit dia. Dia tak pernah kedekut dengan saya dan anak-anak.

Belanja Dapur Beli Time Sale Je

Saya cuma kawal belanja dapur dan beli time ada sale. Beli pun barang-barang penting. Saya beli jenama yang murah-murah dan ambil barang clearance saja.

Beli barang dapur kalau boleh cari yang 50% atau barang clearance. Biasa saya beli barang dapur kat AEON sebab tu je mall yang dekat dengan rumah saya.

Set Limit Waktu Berbelanja

Waktu berbelanja, saya dah set limit barang paling mahal saya capai pun RM20. Tak kira la baju ke. Kalau suami yang nak belanja kita, lebih baru lah kita ambil. Biasa saya suka pergi AEON usha baju longgok 70% dapatlah sehelai RM8.20.

Pakaian dalam pun kalau sale murah-murah, 3 helai RM5 pun saya ambil lebih.

Guna Sistem Sampul

Selagi boleh jimat saya akan jimat. Duit saya asingkan dalam sampul siap-siap. Dan tulis untuk beli apa.

Contoh:

Barang dapur (makanan) RM300
Sabun (pencuci kain dan sabun pinggan) RM100
Pampers anak RM100

Tak cukupkan?

So penjagaan diri suami akan belikan. Sebab dia cerewet bab penjagaan diri ini. Bajet dalam seratus. Nak makan sedap-sedap pun sebulan sekali dua je.

Saya Cari Juga Duit Buat Tambah Tambah Belanja

Saya pun ada juga jual-jual chocojar dari rumah. Cukup lah buat tambah belanja anak-anak makan luar dan beli lauk.

Kena sorok duit dari suami sebab kalau dia tahu saya belanja guna duit saya nanti dia ganti balik. Saya pulak rasa bersalah.

Risau takut terbebankan dia. Dia kata guna duit saya jangan sesekali pakai buat belanja rumah. Pakai untuk beli barang peribadi saya je. Allah.. dapat suami macam ini bersyukur saya.

Suami Tak Pernah Abaikan Mak Ayah Sendiri

Dia tak pernah abaikan mak ayahnya. Cukup je duit dia, dia hulur kat mak ayah dia dan buat simpanan untuk anak-anak.

Suami selalu kata, “In shaa Allah ada rezeki lain yang masuk walaupun tak banyak. Tapi Alhamdulillah, Allah beri.”

Isteri Kena Sentiasa Bersyukur

Katanya lagi, “Biar orang nampak kita serba serbi macam orang miskin. Pakai serba buruk, duduk rumah buruk, janji perut kenyang.”

Akuinya lagi sebagai isteri, kena sentiasa bersyukur. Apa yang suami beri itulah yang kita makan dan pakai. “Jangan pernah malu dengan kehidupan kita.”

“Bagi lelaki-lelaki yang belum bertemu jodoh, yang sibuk nak cari wanita bekerja untuk dijadikan isteri. Jangan pernah takut untuk kahwin dengan wanita yang tak bekerja ni. Rezeki datang dalam pelbagai sudut dan cara.”

Sumber/Foto : Noraini Hassan via mingguanwanita

Artikel Lain

5 Perkara Yang Boleh Buat Kaum Wanita Sentap, Lelaki Tolong Hadam!

Ini 5 Perkara Yang Boleh Buat Kaum Wanita Sentap, Lelaki Tolong Hadam! Kalau tetiba tengok wanita sentap, itu maknanya anda ada terlepas beberapa tanggung jawab yang penting patut anda tunaikan. Haa… bukan buat-buat saja buat ya, tetapi pasti ada sesuatu! Cukup sukar untuk lelaki fahami kehendak sebenar seorang wanita tetapi sebenarnya ada beberapa tip mudah untuk anda elak daripada ‘meragut’ emosi wanita tersayang setiap hari…

1. Lupa tarikh penting

Jangan bagi alasan anda terlalu sibuk urusan kerja jika anda lupa bab tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir anak, hari lahir isteri dan sewaktu dengannya. Perempuan yang memahami tidak meminta hadiah yang mahal-mahal, tetapi mencukupi jika lelaki mahu mengingati momen terindah. Malah zaman makin maju, anda boleh terus guna nada peringatan di telefon masing-masing. Lagi senang, terus bulat dan catat besar-besar di kalendar.

2. Berkira duit

Mungkin tidak semua, tetapi memang wujud jenis sebilangan lelaki yang terlalu berkira dengan adik-beradik pasangan. Bukan tidak mampu berkongsi, mungkin kerana terlalu cermat. Cuba ubah, sesekali belikan hadiah buat keluarga pasangan. Mesti hati pasangan lebih senjang dan bertambah sayang.

3. Balik lambat

Lewat mana mahu pulang mungkin isteri tidak kisah kalau segala yang diperlukan sudah disediakan oleh lelaki. Dan pastikan perempuan tidak keseorangan di rumah. Kalau tidak, anda juga yang rimas. Kejap-kejap sampai mesej atau mungkin panggilan telefon setiap setengah jam. Tetapi jika dapat isteri jenis tidak kisah, jangan pula lelaki ambil kesempatan balik lewat hingga ke pagi. Hidup berumahtangga kena fikir soal tanggungjawab dan keselamatan isteri.

4. Bohong dan alasan

Ramai lelaki yang pilih jalan untuk menjaga hati orang yang disayangi sehingga masuk kes menipu. Ya, bukan niat hendak berbohong, tetapi jalan ini undang kemarahan perempuan dua kali ganda. Apa salahnya jika berterus terang walau terpaksa dengar bebelan perempuan. Perlu anda tahu, wanita bebel adalah sebab prihatin dan sayang!

5. Abai nafkah

Tidak romantik mungkin tidak mengapa. Namun jangan pula lelaki abaikan nafkah kepada perempuan bergelar isteri. Mungkin wanita yang sayangi bekerja, tetapi nafkah tetap wajib berjalan seperti biasa.

Kongsikan artikel ini.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*