“Ganti Teruslah Janna Nick Dengan Jihan Muse”

Bagi yang menonton Melodi minggu lalu, pasti tahu Jihan Muse tampil menggantikan Janna Nick bersama Ajak Shiro. Ramai memuji gaya santai dan bersahaja Jihan menggendalikan program itu sampai minta gantikan terus Janna.

Menerusi Instagram, Jihan berkongsi gambar tolong mengacarakan program itu minggu lalu. Ramai mengatakan gandingan Jihan dan Ajak agak serasi berbanding Janna yang dikatakan gedik dan suka menjerit.

Nampaknya ramai meminta produksi Melodi untuk kekalkan Jihan sebagai host kerana gelegatnya yang tidak ‘fake’ dan kelakar. Ada juga yang mengaku sudah lama tidak menonton program itu sejak Janna menjadi host.

Apapun tidak dinafikan bakat Jihan mengacara memang tiada bandingannya, mungkin juga kerana sudah terbiasa. Mungkin Janna boleh menuntu ilmu mengacara majlis dengan Jihan selepas ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @groupsking

Sumber : Rotikaya

 

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*