“Hari-Hari Depa Google Gambar Kasut Bola, Depa Lukis” – Rita Rudaini Kongsi Kisah Anak

Pelakon popular Rita Rudaini mengakui kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna dalam minat terhadap bola sepak.

Menerusi entri di Instagram (IG), Rita berkongsi bakat anaknya yang sering melukis gambar kasut bola setiap hari.

“Hari-hari depa google boots, depa lukis. Dapat lukis boots pun depa dah
excited.

“Sistur kalau pergi travel, ingat boots ja. Tak apa belajar rajin-rajin.

“Sistur selalu bagi semangat dekat anak-anak sisturr, dapat bagus, dapatlah boots idaman.

“Nak main bola, kena bijak dalam pelajaran dan Al-Quran. Kena ada pakej baru jadi ‘Pria Terhebat’,” tulisnya.

Rata-rata memuji lukisan yang dilakukan oleh anaknya itu dan mereka berharap agar suatu hari nanti anak-anaknya dapat menjadi pemain bola terhebat seperti ayah mereka, Aidil Zafuan.

Rita yang sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sumber: Astro Gempak

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*