Hawa Rizwana Mahu Lelaki Setia, Tak Kisah Kerja Apa

Meskipun baru sahaja berusia 25 tahun, nama pengacara muda Hawa Rizwana kini semakin dikenali ramai dan pantas mendaki tangga populariti. Apabila sudah popular, pasti tidak mampu mengelak jika dikaitkan dengan selebriti popular.

Dikatakan menjalin hubungan istimewa dengan Zizan Razak, Hawa menafikan perkata itu dan menjelaskan dia dan pelawak itu hanya rakan biasa sahaja, malah dia belum terfikir lagi untuk mencari teman lelaki.

“Orang kata saya rapat dengan Zizan… Sebenarnya, tidak betul. Kami hanya berjumpa kerana mempunyai minat dalam sukan basikal.

“Buat masa ini, saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya tidak terfikir hendak mencari (pasangan), sebab terlalu sibuk dengan karier dan pada masa sama, masih belajar,” katanya kepada BH Online.

Kata Hawa lagi, dia tidak mahu tergesa-gesa mencari cinta dan mahu lebih fokus membina kerjaya sebelum memikirkan soal cinta. Ujarnya, bukan soal tidak mahu mencari pasangan, namun, dia lebih selesa untuk tidak didekati mana-mana jejaka.

Berkongsikan ciri-ciri lelaki yang menarik perhatiannya, Hawa berkata setiap wanita impikan lelaki yang bertanggungjawab dan seorang yang setia.

“Saya meletakkan niat utama untuk bekerja dahulu. Jadi, memang tidak nampak arah itu (mencari teman hidup) lagi,” katanya.

“Saya tidak pernah meletakkan syarat jenis pekerjaan, cuma apa yang penting, dia mesti bertanggungjawab. Dia juga mesti setia dan menerima saya seadanya. Bagi saya, semua wanita ada impian sama,” katanya.

Sumber: BH Online

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*