Jumpa Tuala Wanita Dalam Steamboat, Dapat Pampasan RM400 Ribu!

Di China, banyak dilaporkan kes terjumpa benda-benda ‘asing’ di dalam makanan. Tapi boleh dikatakan kes kali ini agar luar biasa dan menjijikkan apabila seorang wanita menemui tuala wanita di dalam air rebusan steambot di sebuah restoran di Shenzhen, China dua hari berturut-turut di lokasi berlainan.

Menurut laporan, ketika itu wanita tersebut sedang menikmati makanan rebus panas itu yang tiba-tiba terjumpa sesuatu yang pelik. Pada mulanya wanita itu sangkakan ianya daging.

Wanita itu kemudian memaklumkan kepada pengurus restoran, namun pengurus itu berpendapat objek tersebut sebenarnya kertas pembalut.

“Pada awalnya saya ingatkan daging. Tapi saya sedar ianya sesuatu yang tidak kena. Saya yakin ia adalah tuala wanita walau tak dapat dilihat dengan jelas.”

Wanita tersebut kemudian meminta pampasan sebanyak 1 juta yuan (RM600,000) sebagai ganti rugi. Restoran tersebut akhirnya akur dan bersetuju untuk membayar sebanyak RM400 ribu bagi menyelesaikan isu tersebut.

Namun, perkara mengejutkan terjadi apabila dilaporkan wanita tersebut sekali lagi menjumpai tuala wanita di dalam makanan restoran steamboat lain pula. Bagaimanapun, rata-rata netizen beranggapan bahawa wanita itu sengaja mencetuskan kontroversi untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Siakap Keli

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*