Kaitkan Muslim Dengan Insiden Rusuh4n Kuil, ADUN Buat U-Turn, Edit Status Facebook

Negara digemparkan dengan laporan rusuh4n di tapak Kuil Sri Mariamman, Putra Heights, Subang Jaya, malam semalam. Sejumlah 18 kenderaan terbakar dalam kejadian awal pagi tadi itu.

Rusuhan tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang berlaku di antara dua kumpulan kira-kira pukul 2 pagi. Namun apa yang memburukkan keadaan adalah kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V Ganabatirau di Facebooknya.

Serangan didakwa dilakukan kumpulan Muslim

Ganabatirau menerusi kenyataanya di Facebook menuding  jadi mengatakan insiden berkenaan dicetuskan oleh sekumpulan Muslim yang berniat mencipta keteg4ngan dalam kalangan kaum.

Disunting tidak lama kemudian

Ganabatirau kemudiannya dilihat menyunting kenyataan tersebut dengan menggantikan istilah ‘Mus1im’ kepada ‘gangster’ setelah mendapat kecaman pelbagai pihak.

Ganabatirau mengatakan dia sudah memberi kenyataan dan berharap tiada pihak yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan rasa kurang selesa selepas ini.

Saya sudah bagi kenyataan. Jangan ada pihak keluarkan kenyataan mengguris yang mampu timbulkan rasa kurang selesa.

Hal ini kita serahkan kepercayaan sepenuhnya kepada polis supaya mereka dapat menyiasat motif sebenar kejadian ini.

Bukan pergaduhan kaum


Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor kejadian berkenaan berpunca daripada pertikaman lidah di antara dua kumpulan berhubung arahan pemindahan kuil yang dikeluarkan mahkamah dan tidak berkaitan pergaduhan antara kaum.

Kekecohan berlaku di antara sekumpulan 50 lelaki yang berada dalam pekarangan kuil tersebut dengan sekumpulan lagi lelaki yang berada di luar kuil.

Sumber: Oh Bulan, Harian MetroKosmo!

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*