“Kawan Pinjam Maggi Berkira, Kau Pinjam 30k Rusuh Tak Nak Bayar?”

Isu PTPTN sehingga ke hari ini seolah-olah tiada jalan penyelesaian bagi memuaskan hati semua pihak walaupun PTPTN telah membantu ramai golongan pelajar dengan memberikan bantuan pinjaman bagi menampung yuran dan perbelanjaan.

Namun, apa yang menjadi isu ialah sikap peminjam yang liat untuk membayar semula hutang setelah tamat pengajian.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter memuat naik status tentang demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh golongan mahasiswa mengenai isu PTPTN. Pengguna Twitter itu tidak bersetuju dengan demonstrasi tersebut yang tidak mahu membayar hutang sedangkan mereka tahu bahawa hutang wajib dibayar.

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian lelaki itu turut mengecam tindakan mahasiswa yang membuat tuntutan agar bayaran balik pinjaman PTPTN dimansuhkan. Ada yang mengatakan tindakan mereka itu memalukan kerana sudahlah berhutang tetapi tidak mahu membayar semula.

Namun ramai yang tidak tahu cerita sebenar disebalik demonstrasi tersebut dimana bukan kerana mahu bayaran balik pinjaman PTPTN dimansuhkan, tetapi untuk menuntut janji manifesto pilihan raya oleh kerajaan PH.

Tuntut janji untuk pelajar yang dapat first class

Demonstrasi tersebut adalah untuk mempersoalkan tentang kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2019 baru-baru ini.

Dalam pembentangan tersebut, peminjam dengan gaji RM1,000 ke atas akan dikenakan pembayaran balik secara potongan gaji dengan kadar 15 peratus bergantung pada pendapatan.

Punya susah payah belajar, tetiba mansuh

Potongan pinjaman pula hanya diberikan kepada pelajar dari golongan isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama. Ia sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati kerana potongan tersebut tidak lagi berikan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama.

Ada segelintir netizen meluahkan rasa kecewa dan kasihan dengan nasib pelajar yang bersungguh-sungguh dan mengharapkan agar mendapat keputusan kelas pertama tetapi tidak berpeluang untuk mendapat potongan pinjaman.

Sumber: CARIFORUM

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*