Ketua Pengarah Bomba Dedah Apa Yang Berlaku Sewaktu Rusuhan Sehingga Muhammad Adib Ditarik Perusuh

Rusuhan di Kuil Sri Mariamman, USJ mengakibatkan seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim kini sedang dalam keadaan kritikal. Muhammad Adib dikatakan ditarik dari dalam jentera bomba ketika sampai di lokasi kejadian awal pagi semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohamad Hamdan Wahid menjelaskan kronologi kejadian itu kepada media.

Terima panggilan jam 1 pagi

Menurut Mohd Hamdan, van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib telah diserang dengan balingan objek dan batu menyebabkan kerosakan kepada kenderaan itu.

Kejadian yang berlaku ke atas pegawai bomba, Muhammad Adin ini adalah ekoran daripada operasi untuk pemadaman kebakaran yang berlaku di kawasan kuil Seafield Sri Maha Mariamman. Mereka ini adalah kumpulan EMRS dan responder untuk pemadaman daripada Balai Bomba Subang Jaya.

Sebenarnya panggilan diterima pada jam 1 pagi. Respond adalah dua jentera unit Fire Rescure Tender FRT yang terdiri daripada tujuh krew di mana satu komander dan lima krew di jentera yang depan dan juga di jentera EMRS di belakangnya terdiri daripada dua krew iaitu pemandu dan responder di sebelahnya.

Guna jalan dalam

Untuk sampai di lokasi biasanya mereka akan guna jalan besar tetapi oleh kerana mereka dah buat satu kajian risiko kawasan dan dapati bahawa untuk pegi sampai ke lokasi, jalan singkat adalah  menggunakan jalan dalam.

Panggilan ini adalah melalui MERS 999. Bila sampai di lokasi dah hampir kepada simpang, berlakunya kebakaran. Pasukan petugas dah mula nampak api.

Biasanya kita akan tempatkan jentera kereta berdekatan dengan sumber. Jadi ada jaraknya untuk melaksanakan tugasan. Bila mereka berhenti untuk keluar, krew di sebelah kiri dan kanan jentera FRT yang berada di hadapan keluar dari jentera dan mendapati orang perseorangan atau kumpulan tiba-tiba ramai menghampiri mereka.

Atas arahan komander supaya berundur dan masuk balik ke dalam jentera. Ketika itu mereka telah menerima lontaran batu, kayu dan besi daripada kumpulan ini menyebabkan kerosakan seperti cermin pecah, badan jentera rosak.

Muhammad Adib ditarik ketika berundur

Tambahnya lagi, kenderaan EMRS diserang ketika sedang berundur. Kemudiannya kumpulan perusuh menarik Muhammad Adib. Pemandu EMRS yang sedang cemas memecut keluar dari lokasi kejadian.

Bila jentera hadapan berundur, jentera di belakang turut sama undur tetapi sedikit terheret ke tepi. Ketika itulah mereka tidak lagi boleh mengelak dan kenderaan EMRS telah diserang.

Umum tahu jentera EMRS ini hanya sebuah van ambulan bagi tujuan menyelamat. Dengan kata lain badanya tidak keras dan cermin mudah pecah. Ketika ini van EMRS mula untuk memecut keluar dari lokasi dan keadaan begitu kelam kabut.

Dalam keadaan itu, kumpulan itu dapat menarik Muhammad Adib. Pemandu EMRS dalam keadaan trauma memecut keluar dari lokasi kejadian bersama FRT ke Balai Bomba Subang Jaya tanpa menyedari Muhammad Adib tiada bersama mereka.

Bukan mereka tinggalkan Muhammad Adib. Pasukan petugas ini ketika berada di Balai Bomba Subang Jaya membuat panggilan kepada mangsa tetapi telefonnya dijawab oleh orang awam yang menyatakan mereka dalam perjalanan ke hospital terdekat.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor dilaporkan akan menanggung kos perubatan Muhammad Adib yang kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, dia berharap sumbangan kerajaan negeri dapat meringankan beban keluarga. Amirudin turut melahirkan rasa dukacita atas apa yang menimpa anggota bomba itu.

Sumber: Sinar Harian

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*