Makin Ramai Penjawat Awam Ketagih K3tum Di Putrajaya

Secara tradisinya daun k3tum telah lama digunakan bagi tujuan perubatan atau pun menjadi amalan dalam aktiviti sosial masyarakat.

Perubatan tradisional berasaskan k3tum digunakan bagi mengubati pelbagai jenis penyakit seperti kecacingan, cirit-birit (diarrhea) atau pun digunakan untuk menambahkan tenaga untuk bekerja.

Walaupun secara umumnya k3tum mampu memberikan manfaat dari sudut perubatan, namun penggunaannya kini kian dilupakan disebabkan oleh kehadiran rawatan atau ubatan-ubatan moden yang menjadi pengganti kepada perubatan yang berbentuk tradisional ini.

Kini, penggunaan k3tum mula timbul kembali, tetapi ia tidak lagi dikenali sebagai tumbuhan herba yang digunakan untuk perubatan sebaliknya lebih sinonim untuk dikaitkan dengan isu ketagihan dan penyalahgunaan.

Hal ini kerana, gejala penyalahgunaan k3tum ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. Dan kini ketagihan k3tum bukan sahaja dikalangan belia atau pelajar sekolah, malah golongan dewasa dan bekerjaya juga mula ketagih kepada penyalahgunaan k3tum.

Penyalahgunaan k3tum dikalangan penjawat awam meningkat?

Memetik laporan akhbar sinar harian bertarikh 28 September 2018, kes penyalahgunaan air k3tum khususnya di kalangan penjawat awam di Pusat Petadbiran Kerajaan telah menunjukkan peningkatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, rekod Ibu Pejabat Daerah Putrajaya menunjukkan sebanyak 58 tangkapan dalam tempoh sembilan bulan pertama pada tahun ini berbanding 30 tangkapan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Bagi tempoh yang sama, beliau berkata polis juga melakukan 29 rampasan pada tahun ini berbanding 16 rampasan pada tahun lepas.

“Siasatan awal polis mendapati mereka mendapatkan daun k3tum ketika balik kampung dan diproses di sini untuk kegunaan sendiri atau diagih kepada rakan-rakan, bukan untuk dijual secara besar-besaran.

Rampasan air k3tum di Putrajaya bertambah menjadi 29 kes berbanding 16 kes tahun lalu. Imej dari Bernama.

“Polis Putrajaya akan meningkatkan pemantauan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran IPD Putrajaya, di sini hari ini.

Rampasan dan tangkapan dibuat di kawasan perumahan dan juga kaunter agensi kerajaan.

Beliau menambah bahawa rampasan terbaru adalah pada dua minggu lepas dimana polis merampas 23 botol (1.5 liter) air k3tum siap diproses di sebuah premis di Presint 18.

Rosly berkata rampasan dan tangkapan dibuat di kawasan perumahan dan juga kaunter agensi kerajaan di Presint 1, Presint 9, Presint 11 dan Presint 18 dan suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Penyalahgunaan k3tum

Kesalahan k3tum di bawah Akta Racun 1952 adalah disebabkan sejenis bahan yang dikenali sebagai mitragynine yang terdapat di dalam daun k3tum tersebut.

Dalam sehelai daun k3tum mengandungi 25 jenis alkaloid, dan mitragynine merupakan kandungan alkaloid yang  terbanyak di dalamnya.

Hal ini menyebabkan setiap transaksi berkaitan daun tersebut samada mengimport, memiliki, mencampur, menyimpan, menghantar, menjual atau menggunakannya akan menjadi satu kesalahan di bawah sekyen 30 (3), Akta Racun 1952 (pindaan 2003).

Walaupun dari sudut Akta jelas menunjukkan bahawa apa sahaja bentuk transaksi yang berkaitan dengan daun tersebut menjadi suatu kesalahan, namun, kesalahan dari sudut Akta ini adalah sedikit berbeza takrifannya dengan maksud penyalahgunaan.

Berdasarkan kepada takrifan atau definisi penyalahgunaan itu sendiri, membawa maksud seseorang yang menggunakan sesuatu bahan untuk tujuan keburukan atau bagi mendapatkan kesan yang buruk.

Justeru itu, takrifan itu menunjukkan bahawa maksud penyalahgunaan itu adalah berbeza dengan kesalahan di bawah Akta hanyalah berdasarkan kepada ‘tujuan’ penggunaan.

Sekiranya seseorang itu di dapati memiliki, menjual atau menggunakan daun k3tum bagi tujuan perubatan maka ia tidak di kenali sebagai penyalahgunaan tetapi ia masih lagi boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta tersebut.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Vitdaily

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*