Mourinho mengaku bersalah, terima hukuman penjara setahun dan denda

PENGENDALI Manchester United Jose Mourinho menerima hukuman penjara setahun di Sepanyol selepas melakukan penipuan cukai mencecah 2.9 juta pound sterling.

Kesalahan itu dipercayai dilakukan semasa dia menjadi pengurus Real Madrid.

Mourinho masih disiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri Sepanyol walaupun mengisytiharkan kes tersebut ditutup pda November tahun lalu.

“Saya tidak jawab, saya tidak membantah. Saya bayar dan turunkan tandatangan dengan menyatakan saya telah mematuhi dan kes itu ditutup,” katanya kepada pemberita selepas meninggalkan mahkamah di Pozuelo de Alarcon kira-kira 10 bulan lalu.

Mourinho didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di Sepanyol dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Dalam undang-undang Sepanyol, jika anda mengaku bersalah dan hukuman dikenakan kurang daripada 24 bulan maka anda tidak perlu menjalani hukuman di dalam penjara.

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messo juga mengaku bersalah atas kesalahan sama sebelum ini.

Mourinho yang dengan gelaran ‘The Special One’ turut didenda 1.78 juta pound sterling.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @groupsking

Sumber : mstar online

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*