Nina Iskandar Kema1angan, Retak Tulang Belakang

Melalui perkongsian pelakon Amyza Aznan di Instagram, Nina Iskandar dikatakan terlibat di dalam kema1angan. Kema1angan itu didakwa berpunca dari dua buah kereta namun salah satu daripada kereta terbabit melarikan diri.

Amyza mendedahkan, akibat pelanggaran itu, Nina mengalami cedera di bibir dan dipercayai retak tulang belakang.

“Kereta ‘total lost’! Dua kereta langgar, sebuah berhenti dan sebuah lagi melarikan diri,” dedah Amyza dalam laman sosialnya, lewat malam tadi.

Melalui perkongsian di dalam gambar yang sama, Nina turut menyatakan bahawa dia akan pulang ke Brunei bagi menjalani rawatan di sana.

“Terima kasih atas doa. Saya okey, Insya Allah. Hanya ‘koyak bibir’ dan retak tulang belakang. Jahitan (akibat cedera) sudah boleh dibuka dalam masa seminggu”

“Ibu saya berada di sini untuk menjaga saya dan Insya Allah akan bawa saya pulang ke Brunei untuk rawatan selanjutnya,” tulis pelakon itu ringkas.

Sumber: RotiKaya

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*