Penampilan bertudung Fouziah Gous selepas tunai haji dipuji peminat

Penampilan terbaru pelakon Fouziah Gous selepas bergelar seorang Hajah telah mencuri perhatian peminat.

Menerusi Instagram suaminya, Fouziah telah berkongsi gambar beliau bersama suami di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Fouziah yang memakai tudung berwarna putih itu telah mendapat pujian netizen. Selain memuji kerana kelihatan cantik, para peminat turut memuji prubahan positif yang ditunjukkan oleh pelakon drama Tahajjud Cinta itu.

Ramai yang mengucapkan tahniah dengan perubahannya itu selain meminta supaya Fouziah terus beristiqomah dalam menunaikan kewajipannya menjaga aurat.

Meskipun setakat ini tiada sebarang pengumuman daripada Fouziah mengenai  perkara ini, namun ramai peminat beliau yang mengandaikan perubahannya itu bukanlah bersifat sementara.

Fouziah, 35, dan suami, Zhafran Yusof, 35, berangkat ke tanah suci Makkah pada 16 Ogos lalu dan selamat pulang ke Malaysia pada Sabtu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @groupsking

Sumber: mstar online

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*