“Pergi sekolah dibuli rakan, duduk rumah dipukul abang, semoga berjaya dik…”

Bukan semua golongan kanak-kanak ni nakal, ada juga yang berfikiran dan bersikap tidak ubah seperti orang dewasa. Mungkin disebabkan latar belakang dan pengalaman masing-masing, mereka cuba menjadi yang terbaik.

Itulah boleh dikaitan dengan kisah Nadia Natasya apabila sempat bersembang dengan seorang kanak-kanak lelaki, Rayyan yang membantu dirinya menjual ayam goreng menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya.

Dia lepak kat kedai…

Menurut Nadia, budak berusia tujuh tahun itu merupakan anak keempat daripada enam beradik dan pernah dibelasahi oleh salah seorang abangnya sehingga mempunyai kesan parut di dahi.

Lebih menyedihkan apabila budak itu dilarang untuk pergi ke sekolah oleh ibunya akibat sering dibuli oleh rakan-rakan.

Kat dahi dia ada parut…

Ringan tulang & rajin bersembang! Kurang beban…

Disebabkan bosan tinggal di rumah dan sering dipukul dengan abangnya, Rayyan mengambil keputusan untuk keluar dan melepak di kedai tersebut.

Abang pun kecik2 dah hisap vape…

Harap berjaya bila besar nanti…

Memang simpati bila dengar kisah macam ni apatah lagi melibatkan kanak-kanak kecil yang baru ingin mengenali dunia, tetapi menerima dugaan sebegitu rupa. Semoga adik Rayyan tabah ya! 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @groupsking

Sumber : Nadia Natasya / Oh my media

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*