“Perkenal Pakej Ucapan Berbayar Serendah RM20 Sahaja” – Selepas Janna Nick, Giliran Mawar Rashid Pulak?

Minggu lalu kecoh di media sosial mengenai pelakon, Janna Nick yang memperkenalkan pakej ucapan berbayar kepada sesiapa sahaja yang ingin menggunakan khidmatnya.

Perkara tersebut telah menjadi bualan hangat pengguna media sosial sehingga ada yang membuat video parodi mengenai isu berkenaan.

Namun, berbeza pula kisahnya kali ini apabila pelakon dan model, Mawar Rashid pula memperkenal pakej ucapan berbayarnya sebagi tanda menyokong business rakannya itu.

Apa yang menariknya, pakej yang diperkenalkan oleh Mawar itu jauh lebih murah jika ingin dibandingkan dengan Janna Nick iaitu serendah RM20 sahaja.

Ternyata tindakan Mawar itu menerima reaksi yang pelbagai dariapa netizen yang menganggap pelakon tersebut seperti terikut-ikut dengan trend Janna itu.

Dengan pakej yang jauh lebih murah, kini netizen sudah mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih artis mana yang akan membuat ucapan istimewa tersebut. Pilihan terletak ditangan anda.

Foto: Mawar Rashid

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MH

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*