Polis Tahan Tiga Remaja Rosakkan Makanan Di Kedai Serbaneka

Seremban : Polis menahan tiga remaja selepas mereka tampil menyerah diri hari ini bagi membantu siasatan kes merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka di Nilai seperti yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Marzukee Besar yang mengesahkan perkara itu berkata ketiga-tiga remaja itu dengan dua daripadanya berumur 18 tahun dan seorang 20 tahun, ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, pada pukul 3.45 petang.

”Mereka mengaku melakukan perbuatan itu dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. Kita juga akan mengemukakan permohonan reman terhadap mereka bagi siasatan lanjut,” katanya kepada sumber di sini, hari ini.

Semalam, tular di media sosial video berdurasi satu minit 10 saat itu yang memaparkan perbuatan seorang remaja yang dipercayai sengaja merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka sambil dirakam oleh seorang rakan manakala seorang lagi mentertawakan tindakan berkenaan.

Video berkenaan bagaimana pun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Sumber : Bernama

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*