Pusat Hiburan Hanya Dibenarkan Beroperasi Sehingga 1 Pagi

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang untuk memendekkan waktu operasi semua pusat hiburan di ibu negara kepada 1 pagi dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan mempertimbangkannya. Penguatkuasaan terhadap pusat hiburan yang beroperasi lebih dari pada waktu tersebut akan bermula Januari tahun depan.

Sebilangan kecil diberi pengecualian khas


Menerusi laporan Harian Metro, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, semua pusat hiburan dan kelab malam hanya dibenar beroperasi sehingga 1 pagi. Namun, ada sebilangan kecil diberikan kebenaran khas untuk melanjutkan waktu operasi hingga 3 pagi atau 5 pagi.

Sebelum ini, ada kebenaran khas diberikan kepada lima atau enam pusat hiburan untuk beroperasi hingga 5 pagi kerana kebanyakan pelanggan adalah pelancong asing.

Namun, kami dapati kebanyakan pelanggan sebenarnya adalah warga tempatan dan saya yakin, pelancong asing tidak datang ke ibu negara kerana pusat hiburan.

Kita akan kaji mengenai kebenaran khas itu, selain melaksanakan penguatkuasaan pada pusat hiburan yang dibenarkan beroperasi hingga 1 pagi tetapi melanggar syarat apabila beroperasi lebih masa.

Ramai warga kota menghabiskan masa di premis hiburan


Beliau berkata lagi, perkara tersebut menunjukkan ramai warga kota suka menghabiskan masa di premis berkenaan pada waktu lewat malam dan awal pagi.

Kalau tiada yang pergi, mereka akan tutup. Warga Kuala Lumpur perlu diberi kesedaran dan kefahaman untuk tidak menghabiskan duit dan masa di tempat seperti itu, sebaliknya lebih baik luangkan masa bersama keluarga.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*