“Saya Janji Akan Jaga Keluarga Awak” – Syifa Melvin

Umum mengetahui, pemain bola sepak kebangsaan Safawi Rashid telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier iaitu Portimonense SC.

Keberangkatan pemain skuad Harimau Malaya iaitu Safawi Rashid ke Portugal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tempoh hari ditemani ahli keluarga, rakan karib dan teman istimewa, Syifa Melvin.

Terbaru menerusi Twitter, Syifa dilihat memuat naik status ucapan selamat maju jaya buat Safawi serta akan sentiasa mendoakan pemain bola sepak itu. Kata Syifa lagi, dia meminta agar Safawi tidak bimbang kerana dia akan menjaga keluarganya.

Ucapan Syifa itu dibalas oleh Safawi dengan emoji ‘Love’. Safawi kemudian memuat naik status memojon doa yang terbaik dari pengikutnya. Katanya, penghijrahan itu diibaratkan sebagai cabaran dan pengalaman baru buat dirinya.

Syifa dilihat turut memberi reaksi kepada status berkenaan dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Safawi. Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 23 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak.

Sumber: OH BULAN

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*