Semua Restoran Terbuka Termasuk Mamak Akan Menjadi Kawasan Larangan Merokok Tahun Ini

Berita baik bagi semua rakyat Malaysia yang mementingkan aspek gaya hidup sihat. Perkara yang sudah lama diperjuangakan oleh banyak pihak termasuk dari NGO dan juga rakyat Malaysia sendiri.

Hal ini bakal menjadi kenyataan bilamana inisiatif ini diberikan komitmen penuh oleh pihak kerajaan.

Maka tiada lagi pencemaran asap rokok yang sekian lama mengundang rasa tidak selesa kepada masyarakat. Restoran terbuka kini bukan lagi tempat merokok.

Anda boleh didenda sehingga RM10,000 ringgit serta dua tahun penjara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 5 September lepas, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, pihaknya masih dalam peringkat perbinca­ngan de­ngan beberapa pihak berkepentingan berhubung cadangan berkenaan.

Katanya, langkah ini merupakan inisia­tif kementerian bagi memperluaskan lagi kawasan larangan mero­kok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017.

“Pewartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai negara anggota kepada Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau dan mematuhi panduan di bawah Artikel 8 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Malaysia merupakan negara anggota kepada Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau WHO. Imej dari Berita Harian

Ia juga merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.

“Saya memohon sokongan anda semua. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, mereka terbabit boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun,” katanya sewaktu menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kesihatan dalam sidang Dewan Negara di sini kelmarin

Bilik me­rokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini

Tambah Boon Chye, selain restoran terbuka, pihaknya turut mencadangkan bilik me­rokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok.

Katanya, cadangan ini akan dilaksanakan sekiranya tidak ada sebarang halangan.

Malah jelasnya, seta­­kat ini di bawah Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, terdapat 23 tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok termasuk pusat hiburan, teater (kecuali pub, disko, kelab malam dan kasino), dalam lif atau tandas awam, tempat makan berhawa di­ngin, dalam kenderaan awam atau hentian awam, lapangan terbang, kawasan premis kerajaan dan kawasan yang digunakan untuk apa-apa aktiviti perhimpunan.

Rakyat setuju larangan ini dikuatkuasakan

91% netizen setuju dalam satu undian di FB Kementerian Kesihatan Malaysia. Imej Facebook

Rata-rata masyrakat setuju dengan penguatkusaan ini. Dalam satu undian yang telah dibuat oleh lama Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia 91% setuju dengan penguatkusaan ini.

Sebanyak 222 ribu undian telah diperoleh sejak dilancarkan semalam.

Sehingga 2018, terdapat lima negeri yang mewartakan peraturan itu dan kementerian komited mewartakan semua tempat awam sebagai kawasan larangan me­rokok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @groupsking

Sumber : Vitdaily

Fbgroupking.COM

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*