Setahun Pernikahan Fazura & Fattah, Ini Ucapan Bersemut Pasangan Itu Satu Sama Lain

Setahun lalu, pernah pasangan merpati dua sejoli ini, Nur Fazura dan Fattah Amin mencetuskan satu keresahan.

Tidak kira buat peminat mahu pun pengamal media, majlis pernikahan pasangan itu ibarat satu misteri dan ditunggu-tunggu sepanjang tahun.

Langsung tiada khabar rasmi mahu pun hebahan kepada umum, sedar-sedar pasangan itu sudah selamat diijabkabulkan pada tanggal 27 November tahun lalu.

Melewati fasa setahun pernikahan mereka, sudah pasti pelbagai cerita menarik dinantikan peminat saban waktu.

Namun, kami kongsikan bait-bait ucapan manis daripada Fazura dan Fattah sempena meraikan ulangtahun perkahwinan pertama mereka hari ini.

Mengimbas kembali kenangan pertama kali disatukan dalam set drama Hero Seorang Cinderella, Fazura menyifatkan Fattah lelaki yang berjaya memecahkan tembok yang dibina selama ini.

 

View this post on Instagram

 

Today marks one year in love, being loved and being a lucky wife to the most amazing man. That very first day we met on set of #HeroSeorangCinderella, I never thought we’d even be friends off set – and being married to you now is a true blessing Allah has bestowed upon me. Thank you for being the one, the brave hero who broke down those walls I built. Our love is beautiful, peaceful, often filled with happiness and some sweet trials. In the end.. we always choose to be strong, together. I love you sayang. Happy one year anniversary and I pray for more happy days ahead with you and us loving each other the way we do. InsyaAllah. Amin. ❤️🌹 #Alhamdulillah #PalingSempurna • . Special Thanks to @aididmarcello and @mqproduction for this video compilation as requested and for giving it to us as anniversary gift. 💝

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Manakala, Fattah pula memanjatkan syukur dan melihat Fazura sebagai isteri paling sempurna.

 

View this post on Instagram

 

🌹Paling Sempurna🌹 Terlerai sudah pencarian kasih Takdir bertemu ketentuan ilahi Dia wanita sempurna Selama ini ku nanti Hadir tak diduga . Sudah tertulis Ditakdir bersama Ikatan rindu menyatu kita berdua Sungguh rasa bersyukur Ditemukan lelaki yg paling sempurna . Kita memang ditakdir bersama Hidup bahagia di istana cinta Berjanjilah sayang Kita hidup bersama Hingga ke hujung nyawa.. . 🍀Alhamdulillah genap setahun bahtera perkahwinan ini, Ku bersyukur di pertemukan oleh Allah dengan isteri yang Paling Sempurna pandai menjaga ku, ibu bapaku, keluargaku dan semua kenalan ku, Ya Allah kau kuatkan lah bahtera perkahwinan ini semoga kami dapat terus berlayar hingga ke Syurga Firdausi Mu Ya Allah Rabbal Alamin. 🍀 #palingsempurna @missfazura 💖 . Special thanks to @aididmarcello & @mqproduction for this video 👍

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Fazura dan Fattah disatukan menerusi drama rantaian popular Hero Seorang Cinderella pertengahan tahun 2017.

Daripada kawan menjadi kekasih dan akhirnya pasangan itu melayari bahtera perkahwinan.

Selamat ulangtahun perkahwinan buat pasangan Fazura dan Fattah. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga!

Sumber: Astro Gempak

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*