Span Basuh Pinggan Kita Lebih Kotor Daripada Bilik Air!

Mungkin ramai yang terlepas pandang lebih-lebih lagi tentang penggunaan span basuh pinggan yang jarang ditukar, ada yang guna sampai lusuh dan lunyai. Jangan pandang remeh kerana dari benda sekecil-kecil itulah penyakit boleh datang singgah.

Dikongsikan oleh Dr Saidatul Husna, ramai yang tidak tahu kemungkinan span basuh pinggan di rumah anda lebih kotor daripada bilik air.

Span basuh pinggan tempat kuman paling banyak membiak

Tadi Sai tolong ummi masak kat dapur. Masa tengah basuh pinggan, tengok kat span. Eh! dah kotor sangat ni. Nampak lama. Dah lusuh dan lunyai. Mujur kat rumah ada span lain. Terus ganti yang baru.

Sai lupa yang ummi ada kencing manis. Boleh pulak Sai biar span tu tak berganti baru. Padahal situlah tempat kuman paling banyak membiak.

Sai risaukan ummi je. Sebab kalau tangan dia luka terkena pisau ke apa, kuman dari span ni akan masuk ke kawasan luka dan berenang ke salur darah. Sangat bahaya bagi mereka yang ada kencing manis.

Bahaya untuk pesakit kencing manis

Pesakit kencing manis ni sistem imun tubuh tak macam kita. Sistem imun mereka sangat lemah. Luka sikit pun dah boleh kena macam macam jangkitan.

Lagi bahaya kalau luka tu dari betis ke bawah. Kalau penjagaan diri tak rapi, silap haribulan mereka boleh kehilangan kaki.

Span yang guna sampai berbulan bulan ni, ada kemungkinan besar kuman yang berbahaya untuk perut seperti E-Coli masih hidup.
**(E-Coli cara sebut E-Kolai).

Tanda tanda dijangkiti E Coli yang ada shiga toxin, kita akan demam, muntah muntah dan cirit birit. Kalau ada anak kecil kena hati hati dengan E Coli ni. Jadi, jangan biarkan span kat sinki tu jadi tempat kita membiak kuman ya.

Bersihkan span atau gantikan dengan yang baru

Sebenarnya, ada je cara nak bersihkan sendiri. Sama ada,

1) Rebus di atas dapur dengan api yang besar. Tak lama, dalam 5 minit je.

2) Kalau ada microwave lagi bagus.
Rendam span dalam air dan guna kepanasan yang tinggi. 2 minit dah okay.

3) Atau paling mudah, beli je baru. Yang mesra pinggan mangkuk. Erti kata lain mudah nak lentok masuk celah celah bekas. Boleh tukar setiap 3 minggu.

Sai suka guna kain jaring macam dalam gambar. Mudah nak selit bahagian bekas yang sempit.

Mak ayah yang ada penyakit ni tubuh dan jiwanya sangat sensitif. Tu la kenapa kita wajib tahu serba sedikit tentang sakit mak ayah sebab kalau bukan anak, siapa lagi yang nak bertanggungjawab menjaga dan memberi khidmat pada mak ayah kita kan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Vitdaily

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*