‘Tak Pernah Nampak Pun Dia Ni’ – TMJ Bidas ‘Aksi’ Pengadil Final Piala Malaysia 2018

Tahniah kepada pasukan bola sepak Perak yang menjuarai Piala Malaysia 2018 malam tadi setelah mengejutkan pasukan dari pantai timur Terengganu. Walaupun dua kali ketinggalan, Perak bangkit untuk menyamakan kedudukan bagi mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti sebelum menang 4-1.

Apa yang menarik perhatian sepanjang perlawanan itu berlangsung ialah mutu pengadilan Suresh Jayaraman yang disifatkan paling teruk sepanjang final Piala Malaysia. Dua kad merah dan dua gol Perak yang dinafikan sudah cukup menggambarkan tahap pengadilan pada perlawanan final itu. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim turut membidas pengadil berkenaan.

Teruk betul pengadil

Menerusi satu status yang dikongsi di laman Twitter, TMJ mengakui terkejut mengapa pengadil tersebut dipilih untuk mengadili perlawanan final yang berprestij ini.

Pengadil final Piala Malaysia hari ini teruk. Saya tidak pernah melihat dia dan saya terkejut mengapa dia dipilih untuk final. Sebab itu MFL nak bawa pengadil luar untuk perlawanan penting tetapi ahli jawatankuasa pengadil FAM tidak bersetuju.

Menurut TMJ, pengendali liga bolasepak di Malaysia seharusnya membawa pengadil dari luar negara yang lebih berkualiti ke Malaysia namun cadangan itu ditolak individu tertentu. TMJ juga memberitahu beliau telah menggunakan duit sendiri untuk menghantar 25 pengadil baru ke Jepun bagi menjalani kursus di sana.

Malam bertuah Perak

Terengganu terlebih dahulu menggegarkan pintu gawang Perak selepas kesilapan pertahan pasukan The Bos Gaurus itu menolak lemah ke belakang sebelum disambar penyerang Terengganu bagi menjaringkan gol pertama. Terengganu menambah gol kedua sebelum rehat babak pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan perlawanan bertambah tegang apabila pemain Perak, Gilmar dilayangkan kad merah. Selang beberapa minit nasib malang yang sama menimpa pemain Perak apabila diperintah keluar padang. Perak bagaimanapun muncul juara menerusi sepakan penalti.

Sumber: TMJ / Oh Bulan

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*