‘Tarik Balik Tuduhan L1ar Itu’ – Liew Chin Tong B1das Tuduhan Pakai Baju Komun1s

Nampaknya etika pemakaian baju korporat warna khaki oleh menteri semasa lawatan ke kem tentera mendapat respon pelbagai pihak. Baru-baru ini, tular sebuah foto Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong memakai baju korporat khaki itu disamakan dengan pakaian tentera komun1s.

Dia juga dihentam netizen seolah dilihat tidak bertanggungjawab terhadap sistem pertahanan negara. Ini respon bidas Senator Liew Chin Tong terhadap reaksi demikian.

Kecewa dengan tuduhan itu

Baju korporat Khaki

Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan kecewa dengan tuduhan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Dato Azwanddin Hamzah bahawa kononnya Timbalan Menteri Pertahanan telah memakai uniform ala-komun1s semasa pemeriksaan perbarisan ATM dalam lawatan ke kem. Tuduhan JMM itu merupakan satu pengh1naan kepada Angkatan Tentera Malaysia serta Kementerian Pertahanan Malaysia.

Baju tersebut merupakan baju korporat “bush jacket” yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan untuk majlis rasmi tentera seperti lawatan ke Kem, Pos Keselamatan dan program yang ditentukan oleh penganjur.

Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamad Sabu juga memakai pakaian rasmi tersebut. Begitu juga dengan mantan menteri dan pemimpin kerajaan yang lain, termasuk pemimpin kerajaan sebelum ini.

Tidak ada kena-mengena dengan komun1s

Warna “khaki” baju tersebut tidak ada kena-mengena dengan komun1s, ia antara rona warna yang selalu dipilih untuk uniform tentera di merata dunia. Malah warna tersebut pernah dijadikan pakaian seragam rasmi TUDM sebelum tahun 1995. 

Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2017, baju korporat warna “khaki” dicadangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan akhirnya menjadi pilihan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak sebagai pakaian rasmi Sambutan Hari Kebangsaan 2017. Kesemua anggota Kabinet dan barisan dif kehormat telah memakai baju tersebut semasa Sambutan Hari Kebangsaan rasmi. 

Pakaian seragam tentera adalah eksklusif dan hanya sesuai dipakai oleh pegawai yang telah ditauliahkan sahaja.

Pejabat Timbalan Menteri meminta JMM menarik balik tuduhan l1ar itu yang jelas menunjukkan sikap kurang cerdik dan tidak berhemah dalam membuat kenyataan.

Sumber: Liew Chin Tong

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*