[TERBARU] Selebriti Kena Ikut Panduan KKM Sebelum Buat Paid Review Produk Kesihatan

Saban hari, banyak produk kesihatan yang berada di pasaran ketika ini menggunakan selebriti untuk mempromosikan barangan mereka kepada orang ramai. Jumlah followers yang ramai, terkenal dan berpengaruh antara sebab mengapa mereka dipilih. Namun bukan semua produk yang diiklankan berdaftar dan selamat.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan garis panduan kepada selebriti dalam pengiklanan produk kesihatan. Harap lepas ini mereka lebih berhati-hati dan bertanggungjawab sebelum mengiklankan produk client mereka.

Selebriti kena jujur

Menerusi risalah yang dikongsi oleh Persatuan Seniman Malaysia, panduan yang disediakan oleh KKM ini bertujuan memberikan pendedahan kepada golongan selebriti yang sering berperanan sebagai individu yang mempromosikan produk kesihatan tertentu kepada orang ramai.

Golongan selebriti perlu bertanggungjawab memastikan barangan yang dipromosikan selamat dan jujur mengenai manfaat, kegunaan, kesan ubat dan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasa. Pastikan ubat yang diiklankan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (KKM), mempunyai nombor pendaftaran MAL dan nombor NOT bagi kosmetik.

Contoh:

MAL87822834T (Ubat)

NOT978QQ (Kosmetik)

Sementara itu ubat yang memerlukan preskripsi tidak boleh diiklankan manakala pengiklanan yang menjurus kepada rawatan dan pencegahan selain daripada penyakit/keadaan yang dilarang perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: KKM / Persatuan Seniman Malaysia / Oh Bulan

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*