“Tolong Doakan Saya Cepat Sembuh” – Hetty Sarlene

Penyanyi Hetty Sarlene memohon orang ramai agar mendoakan dirinya segera sembuh daripada masalah kesihatan yang dialami.

Menurut Hetty menerusi Instagramnya memaklumkan bahawa dirinya risau untuk melakukan persembahan kerana dia mengalami demam dan selesema.

“Bismillahirrahmanirrahim. Sebaik saja hetty sampai ke Singapore nak tengok Adik kesayangan, tiba-tiba demam dan flu pun ikut sekali.

“Risau ni dengan konsert yang akan datang minggu nie macam mane Hetty nak perform. Orang kata penyakit itu penghapus dosa betul ke? Ya allah, Aku terima dugaan mu Ini.

“Yang pasti nye in shaa allah Hetty akan beri Yang terbaik dan selebihnya Hetty akan serah kan pada Allah SWT.

Doakan Hetty sihat seperti sedia kala. Suara pun dah lain sangat ni. Kau permudahkanlah segala urusan ku ya Allah,” tulisnya.

Rata-rata mendoakan agar Hetty segera sembuh dan dapat melakukan persembahan dengan baik di konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada malam ini.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsikan Artikel Ini Terima Kasih!

Sumber : Astro Gempak

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*