Tun Mahathir Tak Tahu Agong Sudah Kahwin

KOSMO! hari ini melaporkan yang Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang didakwa telah me­langsungkan perkahwinan di Rusia.

Perdana Menteri juga mengakui tidak menge­tahui mengenai perkara yang tersebar luas itu sehingga dilaporkan beberapa portal berita antarabangsa.

“Saya tidak tahu. Saya tidak menerima sebarang pengesahan rasmi, jadi saya tidak boleh beri sebarang komen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media antarabangsa yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah melangsungkan perkahwinan dengan bekas Ratu Cantik Rusia, Oksana Voevodina.

Sumber: KOSMO!

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*