Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu Dengan Betik

Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu Dengan Betik. Diet Betik, Cara Mudah Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu | Jika anda ingin menurunkan berat badan, ada cara mudah untuk mengurangkan lemak yang degil. Anda boleh makan buah betik, yang kaya akan gizi dan juga membantu untuk menurunkan berat badan dan lemak berlebihan dari dalam tubuh.

Cara Mudah Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu Dengan Betik

Betik adalah buah yang kaya akan kalsium, vitamin, zat besi, dan riboflavin. Betik juga mempunyai kadar lemak yang sangat rendah. Enzim dalam betik, dapat membantu untuk melancarkan pencernaan lebih cepat dan mengurangkan sembelit.

Rendah Kalori

Sebiji betik kecil yang beratnya 1/2 kg hanya mengandungi 68 kalori atau 3 peratus daripada diet standard 2,000 kalori. Diet 3,500 hingga 7,000 kalori setiap minggu, dapat mengurangkan 1 hingga 2 kg berat badan. Hal ini sangat menyihatkan bukan?

Serat

Satu potongan kecil betik, dapat menyediakan 2.7 gram serat. Diet cukup serat akan menetapkan pencernaan lebih baik, serta menyerap karbohidrat. Di samping itu juga mencegah naiknya gula darah yang boleh mencetuskan kenaikan berat badan.

Lemak

Sepotong betik, hanya mengandungi 0.41 gram lemak. Tubuh memerlukan keperluan harian lemak untuk otak dan kesihatan jantung. Memakan betik tidak akan menyebabkan peningkatan lemak. Berat badan pun lebih mudah turun.

Air

Sepotong buah betik mengandungi 138 gram air atau 89 peratus dari berat keseluruhannya. Pengambilan cecair akan membersihkan racun dari tubuh dan melancarkan metabolisme.

Diet Betik Selama Seminggu

Mulakan untuk mengambil betik pada setiap pagi. Potong dadu dan jadikan salad untuk sarapan. Selepas makan tengah hari, anda boleh amalkan minum 1 gelas jus betik tanpa gula. Lakukannya selama seminggu. Tempatkan betik mentah pada suhu bilik agar cepat matang. Setelah matang simpan dalam peti sejuk selama seminggu. Pengambilan segera atau dalam beberapa hari. Amalkan pengambilan betik dalam makanan harian anda, selain itu sentiasa minum air putih, makan makanan kaya serat dan rutin bersenam. Inshaallah, anda boleh dapatkan bentuk badan ideal.

Sumber: Wanista

Artikel Lain

Kenali Pasangan Anda! Adakah Dia Benar-Benar Jujur?

Dalam tempoh bercinta ialah masa di mana anda mengenali hati budi si dia sama ada dia benar-benar jujur dalam hubungan yang dijalin. Dari berkawan itu anda boleh menilai karakter si dia adakah terdapat ciri-ciri atau kualiti diri yang boleh dijadikan pasangan hidup. Diharapkan anda jatuh cinta dengan lelaki yang tepat agar rumah tangga yang dibina memberi kebahagiaan buat anda berdua.

1. Dia tahu akan peranannya

Lelaki yang memahami kelebihannya akan tegas dengan pilihan yang dibuatnya sendiri. Ia akan membahagikan waktu untuk hubungan dan keutamaan yang lain. Lelaki begini akan memberi komitmen yang tinggi dalam setiap tanggungjawabnya. Ia menerima tanggung jawab atas tindakannya dan tidak pernah menyalahkan orang lain jika sesuatu terjadi.

2. Berkomunikasi secara langsung dan jujur

Lelaki yang membuat anda jatuh cinta ini tidak berbohong atau memutar belit fakta, dia percaya diri dengan kemampuannya. Dia mempertahankan kesabaran dan kasih sayang, kerana dia tahu bahawa itu adalah sikap yang paling kuat.

3. Menjadikan anda merasa selamat

Lelaki ini akan membuat anda merasa tenang bila berada bersama. Dia akan berusaha memenuhi keperluan anda, tidak bercakap tentang diri anda kepada orang lain.

4. Sopan dan menghormati

Lelaki yang baik akan membuat anda merasa tenang kerana memang sewajarnya mereka patut melayan anda sebegitu. Ketika jatuh cinta dengannya, dia tidak tertarik pada pandangan orang lain, namun lebih fokus pada hubungan yang sedang dijalin antara dirinya dengan anda. Ini bermakna dia sopan dan menghormati diri anda.

5. Menerima

Lelaki yang baik juga akan bersyukur atas apapun yang anda lakukan untuknya. Dia tidak akan mengharapkan balasan, namun menerima rasa cinta tersebut. Dia akan meminta apa yang diperlukannya dan menanyakan hal yang sama pada anda. Lelaki ini juga akan mempercayai kemampuan anda secara optimis. Dia tidak akan membandingkan atau membuat anda merasa putus asa, dia akan turut gembira sekiranya anda berjaya mencapai kejayaan.

6. Dia akan bertanya

Lelaki yang baik akan bertanya sebagai menghormati pendapat anda.Lelaki yang baik akan menyediakan ruang untuk mendengar luahan hati anda. Dia mendengar pendapat anda dan dengan penuh perhatian.

Kongsikan artikel ini.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*