[VIDEO] “100x Sedap Lagu Ni Dari Lagu Bobo Di Mana Dato’!” – Music Video Upin Ipin Terlajak Laris Raih Pujian Netizen

Bila berduet dengan isteri baru netizen suka.

Sebelum ini, lagu Abang Nak Tegur versi Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat dikecam teruk oleh netizen sehingga menerima hampir 300,000 ‘dislike’ berbanding 4,000 ‘like’ di laman YouTube.

VIDEO :


Terbaharu, dengan menampilkan Abang Nak Tegur versi 2.0 duet bersama isterinya, Datin Nur Shahida, lagu itu kini seolah-olah sudah mula diterima netizen.

Video lagu mereka berdua yang dimuat naik oleh KRU dua hari lalu diterima baik netizen sehingga mencapai 117,000 ‘like’ berbanding 6,000 ‘dislike’.

Meskipun single terbaru daripada pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Sajat yang turut menampilkan selebriti Indonesia, Lucinta Luna yang berjudul Bobo Di Mana belum dilancarkan secara rasmi, namun ia sudah pun mendapat reaksi pelbagai netizen.

Lantaran hal ini, Aliff Syukri memuatnaik video nyanyiannya dalam versi kartun Upin & Ipin episod ‘Upin & Ipin Terlajak Laris”. Timbul persoalan mana lagi seronok didengar, lagu kartun di Upin & Ipin atau lagu ‘Bobo Di Mana?’

VIDEO :


Rata-rata netizen tak putus memberikan komen yang positif di laman Instagram beliau antaranya..

Catchy!

Haruslah Upin & Ipin

Orang tua hafal pun dapat manfaat

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @groupsking

 

Sumber : Instagram Aliff Syukri

Fbgroupking.COM

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*