[VIDEO] Bila Salleh Yaakob Nak Tiru Gaya Fattah Amin, Tapi Lain Pula Yang Jadi Adoi

Fattah ketika ditemui berkata, bayaran itu juga sudah dipersetujui kedua belah pihak sebelum dia menandatangani sebarang kontrak.

“Saya yakin, pihak pengurusan sudah membuat perbincangan sewajarnya mengenai jumlah bayaran dan apa yang dipersetujui itu adalah setimpal.

“Setakat ini, saya pun memberi komitmen baik pada tanggungjawab digalas dan yang pasti produk itu mendapat sambutan daripada pelanggan seperti diharapkan,” katanya.

Ia sekali gus menolak ura-ura mengatakan Fattah menerima bayaran tinggi untuk kontraknya selama tiga tahun sebagai duta jenama tilam dari Amerika Syarikat, King Koil.

Terdahulu, Fattah hadir pada sesi bertemu pelanggan sebagai duta produk tilam King Koil Prince koleksi eksklusifnya di COURTS, Setapak, semalam.

Menurut pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini lagi, dia sentiasa berusaha memberikan komitmen terbaik sebagai duta produk yang menjadi tanggungjawabnya.

Mengenai karier lakonan pula, Fattah berkata dia terbabit dalam filem Mat Kilau dan akan ke set penggambaran drama Isteri Untuk Disewa bersama Tiz Zaqyah.

Mengulas soal babak bersentuhan, Fattah memberitahu dia sebenarnya sudah lama tidak melakonkan adegan sebegitu sejak sebelum kahwin lagi.

“Sekarang penonton sudah bijak menilai. Jadi, bagi saya seseorang pelakon tidak perlu pun melakukan adegan bersentuhan dan terlalu intim.

“Untuk saya sendiri, tahu batas yang sepatutnya. Apatah lagi sekarang sudah berkahwin dan berstatus suami orang,” katanya.

VIDEO :

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @groupsking

 

Sumber : 90Minit

 

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*