[VIDEO] ‘Pakwe Shopping’ Kini Boleh Disewa, Jadi Kegilaan Wanita Bujang!

Pusat beli-belah di China telah tampil dengan strategi bijak untuk menarik minat pelanggan wanita.

Kebanyakan premis kini menawarkan ‘teman lelaki’ kacak yang boleh disewa mengikut jam pada harga yang sangat berpatutan.

Promosi bijak itu yang bermula pada Hari Wanita Antarabangsa (8 Mac) nampaknya menjadi strategi sepanjang tahun.

Berjalan melalui galeri pusat beli-belah di bandar-bandar seperti Hebei atau Foshan, anda mungkin akan melihat beberapa lelaki muda (tempatan dan asing) dipamerkan dalam bingkai besar yang dihias.

Mereka dipanggil ‘teman lelaki shopping’ dan mereka boleh disewa mengikut jam oleh pelanggan wanita yang kesepian, sedang mencari teman atau tidak biasa dengan pusat beli-belah tersebut.

Kadar sewa bermula serendah 1 yuan (RM0.60) sejam, sehingga 2 yuan (RM1.20) bergantung kepada pusat beli-belah.

‘Teman lelaki shopping’ bukan sahaja menjadi peneman kepada wanita yang menyewa mereka untuk berbelanja, tetapi juga boleh memberi nasihat atau perunding, membawa beg, berborak, bergambar dengan pelanggan dan menemani mereka untuk minum atau makan di pusat beli-belah.

Bagaimanapun, mereka dilarang mengandakan hubungan fizikal, jadi sesiapa yang mengharapkan lebih dari apa yang ditawarkan, lebih baik lupakan saja hasrat itu.

Kebanyakan ‘teman lelaki’ yang dipamer itu adalah pelajar universiti yang bekerja sebagai model sambilan untuk menambah pendapatan mereka dan berdasarkan foto yang dilihat dalam talian, sesetengah daripada mereka gembira dengan pekerjaan ini lebih dari pekerjaan yang lain.

Mempamerkan lelaki berpenampilan menarik yang boleh disewa dengan harga yang sangat berpatutan nampaknya menarik minat ramai pelanggan wanita terutama kumpulan gadis, yang mana ramai yang berkumpul di sekitar bingkai pameran untuk sekurang-kurangnya mengambil gambar.

Walaupun usaha ini dihargai, ada juga yang kecewa dengan pengalaman itu dengan menyatakan membeli-belah dengan teman wanita lebih menyeronokkan berbanding melakukannya dengan orang asing, walaupun dia tampan.

VIDEO :

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mstar online / dramamazing

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*