[Video]TERKINI: Jepun Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Setinggi 3 Kaki Dikeluarkan!

Amaran tsunami telah dikeluarkan setelah gegaran dengan magnitud 6.8 skala richter telah menggegar semenanjung Jepun pada 10.22 pm waktu tempatan (9.22 pm waktu Malaysia)

Gegaran tersebut berlaku di Yamagata, barat laut Jepun kira-kira 50 kilometer selatan banda Sakata.

Agensi Meteorologikal Jepun mengeluarkan amaran ombak setinggi 1 meter di sepanjang persisiran barat laut negara tersebut. Amaran tsunami yang dikeluarkan itu melibatkan 3 buah daerah iaitu Yamagata, Niigata dan Ishikawa.

Jarak pusat gegaran tersebut dengan persisiran pantai meningkatkan kerisauan terhadap impak gempa bumi tersebut. Hampir 9,000 rumah di kawasan tersebut terputus bekalan elektrik disebabkan gegaran yang kuat.

Sehingga kini, tiada laporan mengenai kerosakkan harta benda dan kehilangan nyawa yang dikeluarkan oleh agensi pengurusan bencana Jepun. Walaubagaimanapun, menurut media tempatan, operasi Shinkansen atau bullettrain terpaksa dihentikan di beberapa kawasan yang menghubungkan Tokyo dengan Aomori dan Niigata.

Negara Jepun berada di atas Lingkaran Api Pasifik, membuatkannya sering dilanda gegaran dan gempa bumi.

Pada Mac 2011, hampir 16,000 orang terbunuh apabila gempa bumi melanda Oshika menyebabkan ombak besar tsunami yang mengakibatkan tragedi kebocoran nuklear terbesar sejak Chernobyl dan memaksa 160,000 penduduk untuk berpindah segera dan kebanyakannya sehingga hari ini belum pulang ke perkampungan mereka.

Sumber: Mirror.co.uk / Siakap Keli

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*