Wany Hasrita Ramal Mira Filzah Bakal Dinobat Bintang Paling Popular Kali Kedua

Berita baik buat peminat yang menantikan anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-33 bakal dianjurkan tidak lama lagi!

Namun, penyanyi Wany Hasrita sudahpun mempunyai ramalannya yang tersendiri iaitu nama selebriti yang akan mengungguli anugerah berkenaan.

Menerusi soalan yang diajukan daripada peminat di laman Insta Story penyanyi yang popular menerusi lagu Menahan Rindu itu, salah seorang daripadanya bertanya siapakah yang bakal dinobatkan sebagai bintang paling popular pada tahun 2020.

“Saya rasa Mira Filzah lagi,” jawabnya sambil tersenyum

Menurut portal Berita Harian, mereka kini sudahpun membuka pengundian dalam 13 kategori utama dan lima kategori online.

Peminat boleh melayari www.abpbh.com.my dan memilih artis kesayangan daripada 20 calon dalam setiap kategori, sehingga tarikh tutup 8 November depan.

ABPBH 33 yang mengangkat tema #ABPBHKITA2020, menetapkan tempoh sebulan untuk peminat mengundi artis pilihan dengan pemenang bakal diumumkan pada malam kemuncak acara anugerah berprestij ini, November depan.

Antara 13 kategori utama yang dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular; Artis Baharu Wanita Popular; Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular; Pelakon Filem Lelaki Popular; Pelakon Filem Wanita Popular; Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular.

Turut dipertandingkan adalah lima kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom, Artis Kontroversi Popular dan FC FANtastik Popular.

Sumber foto: Instagram Wany Hasrita & Berita Harian

Sumber: Hot Fm

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*