Weh! Baju Raya Aku!!!

“Weh! Baju raya aku…” – Tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut hari raya dan pastinya ramai yang sedang sibuk membuat persiapan raya. Dari hiasan rumah sehinggalah ke baju rayu. Ada yang beli baju raya yang dah siap, tidak kurang juga yang membuat tempahan dari tukang jahit.

Semalam, seorang gadis berkongsi kekecewaannya terhadap tukang jahit yang gagal menyiapkan baju rayanya dengan sempurna.

“Dari tadi aku gelak, pastu aku menangis. Dah tunjuk kat si tukang jahit tu, dia kata cantik. Sebab aku gemuk, so okeylah ni dia kata.

“Wehhh tahun ni aku tak raya la citer dia,” tulis Dee di Twitternya semalam.

Menurut Dee, dia enggan memanjangkan cerita dan cuba meminta wang dikembalikan, tetapi tukang jahit itu pula tarik muka.

“Makcik ni tak ambil ukuran orang lain, memang ukuran saya. Tapi tak sangkalah dia boleh kata, “Okeylah ni, awak pun gemuk sangat hahaha”.

“Saya ni malas nak marah, fikir orang tua je. Bukan tak minta refund ye, dah minta sampai berkaca air mata saya ni. Tapi makcik tu dah tarik muka.

Tarik Muka

“Makcik tu pun dah lama buka kedai jahit, sebab tu tak terfikir akan jadi macam ni. Selalu hantar potong kaki seluar, kemas je jahitan dia.

“Sebelum tempah, memang saya tanya banyak kali. Boleh ke makcik buat, saya nak baju kurung biasa je sebab kain ni mak bagi. Makcik itu kata boleh,” katanya.

Bersimpati

Ramai netizen bersimpati dengan nasibnya dan tidak kurang juga ada yang mengajarnya bagaimana nak ‘repair’ baju itu.

Menurut Dee lagi, tukang jahit yang sama ada menawarkan diri untuk mengubah semula bajunya tetapi dia enggan menerimanya.

“Beliau ada offer untuk alter semula baju saya ya. Tapi saya tak berani, takut tak jadi baju dah. Terima kasih yang bagi idea macam mana nak repair. Raya tahun ini tunda, sekian,” katanya.

Sumber: Dee

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*