YouTube Cuba Sailang Instagram?

Baru-baru ini, Youtube telah mengumumkan yang mereka akan memberi akses Youtube Stories kepada semua pemilik akaun Youtube yang mempunyai lebih 10,000 subscriber.

Sebelum ini pun, Youtube pernah mengenalkan konsep sama yang dipanggil sebagai ReelsReels merupakan satu video yang berformat pendek. Pada VidCon yang lepas, Pihak Youtube telah menjenamakan Reels kepada Youtube Stories.

Mulai minggu ini, pihak Youtube telah mula memberikan akses kepada akaun Youtube yang mempunyai subscriber melebih 10,000 untuk mencuba fungsi Youtube Stories ini.

Youtube Stories dilihat mempunyai fungsi yang sama seperti Instagram Stories Cuma perbezaannya, setiap Stories akan hilang selepas 7 hari berbanding IG Stories yang akan hilang selepas 24 jam.

Fungsi Youtube Stories ini dilihat adalah salah satu cara untuk Youtube bersaing dengan Instagram dan memastikan pengguna Youtube tidak pergi ke aplikasi lain. Sebelum ini kebanyakan Youtube Content Creatorakan menggunakan Instagram Stories untuk membuat video pendek.

Ramai Youtuber yang menggunakan fungsi ini untuk memberitahu kepada subscriber mereka tentang updateterbaru ataupun untuk memberi tahu tentang video terbaru mereka.

Fungsi ini jugak dilihat salah satu cara untuk content creator untuk lebih senang berinteraksi dengan subscribermereka. 

Dah ade ke Youtuber Malaysia yang ade fungsi Youtube Stories?

Sumber: Thelaki

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*